Lebih RM14 juta perhebat dakwah tahun depan: Yadim

30 Nov 2019 • 11:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diperuntukkan lebih RM14 juta bagi menjalankan pelbagai kegiatan dakwah sepanjang tahun depan.

Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), peruntukan untuk kegiatan agama Islam bertambah dari setahun ke setahun iaitu RM1.2 bilion tahun ini kepada RM1.3 bilion tahun depan.

“Ini tidak termasuk RM10 juta untuk memperkenalkan gagasan Rahmatan Lill Alamin yang membawa rahmah kepada rakyat Malaysia pelbagai keturunan,” katanya selepas menutup Kejohanan Memanah Terbuka Kelantan, The Kings Cup 2019, di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja di sini hari ini.

Lebih 200 peserta terdiri daripada murid sekolah dan pasukan memanah serta individu menyertai kejohanan dua hari itu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved