Covid-19: Tiga lagi anggota kongres AS jalani kuarantin

10 Mar 2020 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Anggota Kongres Matt Gaetz, Doug Collins dan Julia Brownley mengkuarantin diri mereka selepas berhubung dengan individu yang disahkan dijangkiti koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Individu itu dijangkiti virus Covid-19 selepas menyertai satu persidangan yang turut dihadiri ketiga-tiga anggota Kongres berkenaan.

Collins dan Gaetz, kedua-duanya mengatakan mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala namun akan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Gaetz telah menjalani ujian untuk mengesan virus itu, keputusan dijangka diperoleh dalam waktu terdekat.

Brownley dimaklumkan mengenai perkara itu pada Ahad, selepas berunding dengan pakar, risiko beliau dan kakitangannya dijangkiti Covid-19 sangat rendah.

"Bagaimanapun, saya memutuskan untuk menutup pejabat di DC pada minggu ini," katanya.

Beliau berkata, setakat ini beliau dan kakitangannya tidak menunjukkan gejala.

Sebelum ini pada Ahad, Senator Ted Cruz dan anggota Kongres Paul Gosar turut mengkuarantin diri mereka. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved