Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Galaxy Note 10e – Mungkin Akan Menyertakan Bateri 3400 mAh

31 May 2019 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Iterasi Galaxy Note seterusnya dijangka akan hadir dengan sejumlah penawaran berbeza seumpama siri Galaxy S10. Perkara ini termasuk dari segi penawaran model asas, yang mana bakal dikenali sebagai Samsung Galaxy Note 10e.

Beberapa individu daripada GalaxyClub.nl telah menjumpai nombor model bateri, yang dipercayai berkait rapat dengan penghasilan Galaxy Note 10e. Pada bulan lalu, pencarian yang serupa juga telah mewujudkan kemungkinan Note 10 Pro, melalui kehadiran bateri berkapasiti 4500 mAh.

image is not available

Dari segi skrin, Samsung Galaxy Note 10 dijangka akan menyertakan paparan sebesar 6.28-inci, sementara Galaxy Note 10 Pro akan hadir dengan paparan 6.75-inci. Seperti Galaxy 10e, model Note 10e ini mungkin akan membawa saiz yang lebih kecil dengan resolusi Full HD+.

Sekiranya Galaxy Note 10e benar-benar dihasilkan, Samsung nampaknya ingin membolehkan orang ramai mendapatkan siri Galaxy Note pada harga yang lebih berpatutan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy Note pada sekitar suku ketiga tahun ini.