Peranti OnePlus, OPPO, Realme Dan Xiaomi Akan Menyokong Kandungan Video HDR10+

TechnologyDigital
8 Jan 2020 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HDR10+ ialah format HDR yang cuba menyaingi format Dolby Vsion. Ia dibangunkan menerusi kerjasama Samsung, Panasonic dan 20th Century Fox. Tidak seperti Dolby Vision, HDR10+ boleh digunakan tanpa perlu membayar lesen kepada pihak Dolby. Bagi pengguna peranti yang menyokong HDR10+, proses mencari kandungan julat dinamik tinggi akan menjadi semakin mudah kerana ia mula disokong pada peranti keluaran OnePlus, OPPO, Realme dan Xiaomi.

image is not available
Selain menonton video, peranti-peranti ini juga kelak akan mampu melakukan rakaman video HDR10+ Turut diumumkan hari ini ialah format ini turut akan disokong oleh Google Play Movie & TV dan televisyen keluaran Vizio. Buat masa ini jumlah kandungan yang ditawarkan dalam format HDR10+ masih lagi kecil kerana terhad kepada filem yang diterbitkan oleh studio Fox.

Dengan pengumuman ini, fungsi HDR yang pada hemat kami masih belum digunakan dengan meluas tidak akan lagi menjadi gajah putih pada telefon pintar mercu di pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved