JPJ NS pantau Terminal One

30 May 2019 • 9:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan (JPJ) menempatkan sekurang-kurangnya empat anggotanya bersama anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan di Terminal One di sini bermula 29 Mei hingga 13 Jun depan sempena Op Raya bagi memastikan keselamatan setiap pengguna jalan raya terjamin.

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, usaha itu bagi memantau semua pemandu bas dan penumpang supaya berada dalam keadaan selamat selain bebas dadah.

"Kita turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi pelaksanaan advokasi kempen keselamatan jalan raya selain AADK bagi pelaksanaan penguatkuasaan dadah melalui ujian air kencing.

"Usaha ini diharap akan mengurangkan kadar kemalangan menjelang Aidilfitri dalam pada itu orang ramai juga perlu mematuhi undang-undang dan mengikuti arahan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di stesen bas Terminal One di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, anggotanya turut melaksanakan penyamaran sebagai penumpang bas ke destinasi tertentu bagi memastikan pemandu mengikuti setiap peraturan yang ditetapkan.

"Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan serta merta," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved