Dua fon telinga utama Samsung Galaxy Buds dan Buds+ telah dilancarkan sejak setahun yang lalu. Walaupun mempunyai kualiti audio yang memuaskan ia mempunyai kekurangan kerana tidak menyokong sistem pembatalan hingar aktif. Sekiranya fungsi ini adalah perlu bagi anda, AKG N400 telah dilancarkan oleh Samsung di Korea Selatan.

Tetapi ketahanan baterinya pula lebih rendah iaitu sekadar 6 jam dengan sekali caj sedangkan buds boleh bertahan sehingga 11 jam. Pod pengecasn N400 menyokong pengecasan nirwayar. Untuk tambatan kepada peranti yang lebih padu, aplikasi AKG perlu digunakan.
Pada waktu ini AKG N400 hanya dijual di Korea Selatan pada harga KRW 230,000 (~RM814) dan adalah lebih mahal berbanding Buds+ yang dijual pada harga RM599 di negara kita,
