
Sering saja mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila dia memuat naik satu poster lakonannya yang terdahulu di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Fathia memuat naik poster drama Dia Isteri Luar Biasa yang turut menampilkan Shukri Yahaya sebagai pelakon utama.
Berikutan itu, ramai peminat dan pengikut aktres itu meluahkan rasa ‘risau’ apabila dia bertindak seperti itu gara-gara kontroversinya sebelum ini.
Kata netizen, Shukri Yahaya adalah ‘mangsa’ seterusnya selepas Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.
Menjengah lagi ke ruangan komen, ramai yang menasihatkan agar Fathia berhenti ‘mencari fasal’ dan tidak berkelakuan seperti itu kerana mungkin akan menganggu rumah tangga Shukri Yahaya bersama isterinya.
Namun, ruangan komen hantaran tersebut ditutup oleh Fathia tidak lama kemudian.
Sebelum ini, aktres yang mula menempa nama menerusi drama Ariana Rose ini memaklumkan dia tidak akan memaafkan sesiapa yang menghinanya malah menggertak untuk meninggalkan agama Islam jika berterusan dikecam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Penyanyi Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi, Pernah Terpalit Kontroversi Perkahwinan Tak Direstui Ibu Mentua
The post “Haa Sudah, Shukri Yahaya Pula Mangsa Seterusnya” – Muat Naik Gambar Lakonan Bersama, Tindakan Fatiya Latiff Undang Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

