Haaland tidak sabar bertemu United

Football
1 Oct 2022 • 11:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Haaland

PENYERANG berbisa Manchester City, Erling Haaland mengakui beliau tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan ‘derby’ pertamanya menentang Manchester United di Stadium Etihad pada Ahad.

Menurut Haaland, beliau tekad untuk memberikan aksi yang terbaik buat pasukannya sambil menyifatkan perlawanan itu akan menjadi salah satu momen yang terindah buat dirinya sekiranya berjaya meraih kemenangan.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dalam aksi 'derby' pertama saya mewakili Manchester City. Saya tidak sabar menantikan ketibaan mereka ke stadium kami.

“Saya berharap semua orang di kelab ini bersedia untuk perlawanan ini dan berharap kami dapat mempamerkan aksi terbaik. Jika dapat melakukannya, saya fikir ia akan menjadi satu hari yang amat-amat indah,” jelasnya.

Sementara itu ketika ditanya berkenaan pertahanan baharu Manchester United, Lisandro Martinez, beliau mengakui langsung tidak gentar dengan pemain itu.

Malah Haaland memberitahu, dia langsung tidak takut dengan mana-mana pemain dan bersedia untuk berhadapan dengan mereka.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan berkenaan perkara ini. Seperti anda semua tahu saya sudah berhadapan dengan ramai pertahanan yang hebat.

“Apa yang boleh saya katakan adalah, saya sudah bersedia untuk perlawanan ini dan tahu bagaimana keadaannya. Tiada pertahanan yang saya tidak mahu hadapi," ujarnya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved