
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin kerjasama strategik antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan DP World (DPW) yang berpangkalan di Dubai, pengendali terminal pelabuhan global, akan membantu aspirasi Sabah untuk menjadikan Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) hab pemindahan kapal utama di rantau ini.
“Dalam jangka panjang visinya adalah untuk menambah baik ketersambungan darat dan pesisir pantai di seluruh Negeri, sekali gus mengurangkan kos dan masa transit selain menambah baik standard prestasi merentas keseluruhan rantaian bekalan Negeri,” katanya.
“Saya gembira DP World telah memilih Sabah untuk mengembangkan perniagaannya dan saya menjemput DP World untuk melihat kawasan ekonomi berpotensi lain di Sabah,” kata Hajiji semasa pertemuan dengan Pengerusi DPW dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sultan Ahmed Sulayem di luar persidangan Dewan Undangan Negeri, Rabu.
DP World mempunyai rangkaian lebih 60 pelabuhan dan terminal dengan kapasiti untuk mengendalikan lebih 90 juta Twenty Foot Equivalent Units (TEUs) setahun dan di seluruh dunia.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Bagi pihaknya, Sulayem berkata DPW telah berunding untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan SPSB. Berada di kedudukan ke-11 pemimpin perniagaan Arab paling berkuasa pada 2023, beliau memberi penghargaan kepada Hajiji kerana berusaha untuk projek itu hingg terlaksana.
“Sabah adalah sebuah negeri indah dan terletak secara strategik untuk menjadi hab logistik di wilayah ini,” katanya, menambah DP World memilih Sabah kerana kestabilannya, yang kondusif untuk pelaburan.
Sulayem berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk menggunakan rangkaian Fortune 500 padanya untuk membawa perniagaan ke Sabah. SPSB, anak syarikat milik penuh Suria Capital Holdings Berhad yang mana Kerajaan Negeri, merupakan pemegang saham majoriti.
Ia mengendalikan lapan terminal — SBCP, Terminal Minyak Teluk Sapangar, Pelabuhan Kota Kinabalu, Pelabuhan Kudat, Pelabuhan Sandakan, Pelabuhan Tawau, Pelabuhan Lahad Datu dan Pelabuhan Kunak.
Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kerjasama dengan DPW untuk operasi dan pengurusan SBCP pada 4 Jan 2023.
Kerjasama strategik itu membolehkan DPW, salah satu daripada lima pengendali pelabuhan kotak teratas, mengurus dan mengendalikan Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP).
Tumpuan utamanya adalah untuk meningkatkan ketersambungan untuk kargo dalam perjalanan ke BIMP-EAGA yang lebih besar, negara-negara Timur Jauh, Eropah dan Timur Tengah.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Sultan Ahmed dan Pengarah Urusan SPSB Datuk Ng Kiat Min. SBCP, sebagai pelabuhan kontena utama Sabah, mengendalikan lebih 70 peratus kargo negeri itu.
Sultan Ahmed, yang mempunyai aset bersih lebih RM38 bilion, berkata keadaan yang tidak dijangka telah menangguhkan tarikh menandatangani dan kini mereka perlu bekerja dengan pantas.
“Kami mempunyai banyak rancangan bukan sahaja untuk menaik taraf infrastruktur tetapi berkongsi teknologi yang akan membawa sinergi dan memperluaskan peluang,” katanya.
SPSB mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri untuk menjalin kerjasama strategik dengan DP World pada 16 Jan 2023, bagi pengurusan dan operasi SBCP selama 30 tahun.
Sultan Ahmed berkata, dengan lokasinya yang strategik dan banyak sumber asli, Sabah berada pada kedudukan yang baik untuk meraih peluang pertumbuhan yang besar di rantau BIMP-EAGA dan seterusnya.
“SBCP memainkan peranan penting dalam merealisasikan cita-cita ini.
“Kami berbesar hati untuk membawa pengalaman kami dalam mengendalikan pelabuhan untuk menyokong perjalanan transformasi.
“Kami akan menggunakan amalan peneraju industri untuk meningkatkan SBCP menjadi pelabuhan hab untuk pasaran BIMP-EAGA, disokong oleh rangkaian depoh kontena pedalaman, taman perindustrian, taman logistik dan zon bebas yang sentiasa berkembang di seluruh Sabah,” katanya.
Ng berkata SBCP adalah pemacu penting pembangunan di Sabah. “Sementara kami mempertimbangkan masa depan SBCP, kami berbesar hati untuk mempunyai rakan kongsi seperti DPW yang akan meminjamkan kepakaran global mereka dalam mengurus pelabuhan dan membina rangkaian rantaian bekalan untuk membantu mengoptimumkan operasi SBCP.
“Ini seterusnya akan memangkin peningkatan perdagangan melalui Sabah dan memberi manfaat kepada komuniti dan perniagaan di seluruh negeri.
“Sinergi dengan DP World berpotensi menangani cabaran kos logistik tinggi yang dihadapi di Sabah, melalui penubuhan rangkaian perkapalan yang kukuh dan pengembangan pangkalan kargo,” katanya.
Beliau berkata usaha niaga itu dijangka bukan sahaja memberi kesan kepada industri perkapalan dan logistik Sabah tetapi membawa kepada pertumbuhan ekonomi memandangkan keyakinan pasaran, sekali gus menarik pelaburan ekonomi dan peningkatan infrastruktur dalam pengangkutan, logistik dan sepanjang rantaian bekalan.”
Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil usaha Hajiji, Kementerian Kerja Raya Sabah, Jabatan Peguam Besar Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Lembaga Pelabuhan Sabah dan semua agensi kerajaan lain yang berkaitan.
Pada masa ini, SBCP sedang menjalani fasa pengembangan yang bertujuan untuk menaik taraf kemudahannya, mengembangkan kapasiti terminal daripada 500,000 TEU kepada 1.25 juta TEU, dengan tujuan meletakkan SBCP sebagai hab perdagangan utama serantau.
Projek perluasan itu dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan ditadbir melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah.
Dengan perkongsian strategik dan pelengkap kepakaran global DPW Dalam inisiatif ini, SBCP bersedia untuk muncul sebagai pelabuhan berprestasi tinggi, diperkukuh oleh kapasiti yang diperluas, ketersambungan strategik dan teknologi pelabuhan termaju.
DPW mempunyai lebih daripada 106,500 pekerja yang merangkumi 73 negara di enam benua dan mempunyai pelabuhan dan terminal di 18 lokasi.
Turut hadir Pengerusi Sabah Ports Sdn Bhd Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

