‘Habis duit simpanan mak dimakan anai-anai’

4 Jul 2024 • 10:31 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Menabung di bank adalah amalan yang selamat dan terjamin. Ia membolehkan kita menyimpan wang untuk masa hadapan, mengelakkan pembaziran, dan menghadapi kecemasan. Namun, masih ada yang memilih menyimpan wang sendiri dalam peti atau kotak khas tanpa menyedari risikonya.

Contohnya, baru-baru ini, seorang wanita berkongsi video di TikTok di mana duit simpanan ibunya rosak akibat dimakan anai-anai.

@madam_mama06

Moga Allah swt gantikan rezeki utk my mom yg berlipat kali gandaa….

♬ Crying, Woman – Authentic Sound Effects

“Menangis tak berlagu. Duit mak simpan dalam tabung, tak sampai dua bulan dah kena makan anai-anai. Hancur lebur. Yang nilai kecik-kecik dia tak makan pulak. Makan yang nilai besar-besar je yer,” katanya.

Sementara ada netizen memaklumkan, wang kertas yang mengalami kerosakkan seperti ini boleh ditukar dengan yang baru. Tetapi pemilik wang perlu memastikan nombor siri pada wang kertas yang terjejas masih jelas kelihatan.

“Duit rosak, jikalau masih ada nombor siri dan kerosakkan tak teruk sangat, boleh bawa pergi bank untuk tukar kepada wang kertas baru. InshaAllah masih boleh diselamatkan,” kata Namz.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan wang di bank yang selamat dan terjamin, berbanding menyimpan dalam bekas yang rentan kepada serangga perosak seperti anai-anai.

Menabung di bank memberikan ketenangan fikiran dan kepastian bahawa dana kita dilindungi.

View Original Article