"Habis Replika Masjid Berlumut, Tak Terurus!" - Netizen Kecewa Taman Monumen Terengganu Kelihatan Terbiar

8 Sep 2022 • 6:20 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kita sebagai warganegara Malaysia patut rasa bertuah kerana terdapat pelbagai tempat menarik di setiap negeri. Bahkan sering menjadi tumpuan pelancong antarabangsa. Namun, antara "perangai" sebilangan rakyat Malaysia yang ambil mudah dalam bab menyelenggara atau menjaga tarikan bahkan fasiliti yang ada.

Tular satu video di platform TikTok, satu lokasi pelancongan yang cukup terkenal di Kuala Terengganu yang membuatkan netizen berasa sangat kecewa.

Video yang dikongsikan @aryl_je menunjukkan keadaan terkini Taman Monumen yang menempatkan replika binaan ikonik atau masjid yang terkenal dalam tamadun Islam.

Berdasarkan video yang dikongsikan, jelas kelihatan kebanyakan replika tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Ada yang sudah berlumut dan rosak. Bahkan, persekitaran Taman Monumen itu sendiri juga kelihatan tidak terurus.

Sayang seribu kali sayang kerana Taman Monumen masih menjadi tumpuan pelancong. Bahkan bayaran masuk masih dikenakan. Harap pihak bertanggungjawab ambil tindakan

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved