“Habislah Sungai Melaka..” – Ala-Ala Negara Thailand, Pasar Terapung Di Melaka Jadi Bualan ‘Hangat’ Di Media Sosial

21 Feb 2024 • 3:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan susulan itu, kerajaan negeri menawarkan banyak tarikan untuk pelancong luar ke bandar bersejarah itu.

Antara tarikan yang boleh menarik pelancong adalah Pasar Terapung dan ia ala-ala pasar terapung di negara Thailand serta Indonesia.

Kongsi gambar dereten bot di Sungai Melaka

Melalui platform X, seorang individu berkongsikan foto memaparkan deretan bot-bot peniaga yang ada di Sungai Melaka.

Individu berkenaan seolah-olah persoalkan saiz bot berkenaan seperti perahu kerana kelihatan kecil untuk peniaga meniaga.

Raih perhatian, pelbagai reaksi daripada netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak yakin dengan konsep tersebut kerana merasa ia seolah-olah ‘meniru’ negara lain tanpa ada idea sendiri.

image is not available

image is not available

Sungai tu kan berbau?

Dalam pada itu, ada juga beberapa netizen yang persoalkan mengenai bau sungai tersebut yang pastinya akan menganggu pelanggan atau pelancong yang datang.

Bahkan, ada juga yang berharap agar harga makanan atau minuman yang dijual tidak terlalu mahal seperti harga food truck.

image is not available 2 days ago

Pelancong Asing Dikritik Selepas Mengaku Tak Mandi 3 Hari, 'Travel' Dari Penang Ke Langkawi - "Lepas Tu Dorang Baring Je Atas Katil?"