Had Laju Jalan Dikurangkan Mulai Esok

17 Jan 2023 • 1:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Alexander Nanta Linggi dan Anthony Loke Siew Fook ketika hadir pada pelancaran program keselamatan jalan raya di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara), hari ini - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara dikurangkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j berkuatkuasa esok hingga 27 Januari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya semasa musim perayaan.

“Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia dalam operasi keselamatan jalan raya,” katanya dipetik Astro Awani.

Alexander dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hadir pada pelancaran program keselamatan jalan raya di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara), hari ini.

Jelas Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit, JKR akan memantau 76 "titik hitam", lokasi banyak kemalangan telah direkodkan.

Daripada jumlah itu, 53 "titik hitam" melibatkan Jalan Persekutuan telah dibaik pulih dengan kos RM17.2 juta. – The Vibes, 17 Januari 2023