
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal gantian cuti rehat (GCR) turut diperluaskan.
“Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 ketimbang RM3,000.
“Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 ringgit dengan peruntukan RM10 juta,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2026 di Parlimen hari ini. - 10 Oktober, 2025
The post Had pengeluaran KWSP untuk haji dinaikkan RM10,000 appeared first on Scoop.
