Had usia persaraan 65 tahun? KESUMA teliti cadangan isu ‘panas’

LocalPolitics
23 May 2025 • 6:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Cadangan had usia persaraan penjawat awam mungkin dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun masih dalam peringkat kajian oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi satu jawatankuasa khas yang dibentuk tahun ini.

Had usia persaraan masih lagi dikaji

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menyatakan kajian itu melibatkan 28 undang-undang buruh yang sedang disemak semula oleh kementeriannya.

Salah satu fokus utama adalah isu umur persaraan yang menurut beliau, perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa dan amalan terbaik antarabangsa.

“Kementerian mahu melihat semula kesemua 28 undang-undang itu termasuk berkaitan usia persaraan.
“Ini kerana ada daripadanya ketinggalan zaman dan terpaksa dimansuhkan atau dikemaskini,” ujarnya.

image is not available

Had usia persaraan akan dikaji satu jawatankuasa khas

Jawatankuasa khas yang diketuai oleh Dr. Mohd. Shaharin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa KESUMA, akan meneliti kesesuaian pelaksanaan usia persaraan 65 tahun dengan mempertimbangkan pelbagai sudut pandang.

“Kita akan mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh terutama sektor awam, pekerja dan majikan bagi memastikan undang-undang buruh itu selaras dengan amalan terbaik antarabangsa,” katanya.

image is not available

Isu had usia persaraan dapat perhatian PMX

Sebelum ini, cadangan ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat kesan menyeluruh dari aspek kewangan, demografi dan peluang pekerjaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula sebelum ini secara peribadi menyokong cadangan itu kerana melihat ramai yang berusia 60 tahun ke atas masih sihat dan produktif.

image is not available

Namun begitu, isu ini turut menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, terutamanya melibatkan peluang kerja golongan muda dan keseimbangan tenaga kerja negara.

Sumber: Utusan Malaysia (Iskandar Shah Mohamed)