Hadapi cabaran susulan kontroversi lawak rogol, Ain Husniza raih 7A SPM

16 Jun 2022 • 6:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HADAPI pelbagai cabaran susulan kontroversi dakwaan kes lawak rogol, remaja, Ain Husniza mencatat kecemerlangan dalam peperikssan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ain yang tular tahun lalu selepas mendakwa seorang guru PJK membuat gurauan melampau tentang rogol terdahulu bertukar ke sekolah swasta.

Ternyata cabaran yang dihadapi bukan halangan. Walaupun berdepan pelbagai dugaan Ain berkongsi memperoleh keputusan cemerlang 7A.

Ain memperolehi A+ cemerlang tertinggi bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Pendidikan Seni Visual manakala A cemerlang tinggi bagi Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sains.

image is not available
Sumber: Twitter Ain Husniza

Menerusi ciapan di Twitter, Ain mengaku menghadapi tekanan.

“Naik turun balai polis. Nangis sana sini, pressure study, pressure kena kecam.

“Ain tak pandai, Ain tak pernah dapat result macam ni. Ain jugak percaya, ni semua berkat from all the teachers I met that taught me and friends I made along the way,” titip Ain.

image is not available
Kredit foto: Malay Mail

Terdahulu, Ain terkait kontroversi pendedahan guru bergurau keterlaluan berhubung perbuatan perkosaan.

Difahamkan, baru-baru ini Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan bagi menarik diri mewakili guru terbabit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan