Hadapi masalah rumah tangga, Afiq Muiz diuji lagi apabila ibu disahkan hidap kanser

Family & Parenting
15 Jun 2023 • 9:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemelut rumah tangga selebriti, Afiq Muiz nampaknya belum ada kata putus apabila dia menfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Pachara Apin pada 4 Julai nanti dan mendakwa ada bukti wanita itu berlaku curang.

Perkara tersebut dinyatakan Afiq sewaktu ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling bagi prosiding tuntutan fasakh yang dibuat oleh isterinya, Pachara Apin sebelum ini.

Ibu disahkan hidap kanser

Dalam pada masa yang sama pelakon drama itu menyatakan yang hidupnya diuji lagi apabila ibu tersayang, Hasliza Mohd, 58 disahkan menghidap kanser payudara.

image is not available

Anggap beri kekuatan untuk terus hidup

Memetik laporan dari Mstar, walaupun dirinya sedang diuji dengan masalah rumah tangga, dia merasakan perkara tersebut menjadi kekuatan untuk dirinya meneruskan kehidupan.

Ibu saya baru sahaja disahkan menghidap kanser dan selamat menjalani pembedahan tiga minggu lalu. Saya ada tanggungjawab untuk menjaga ibu. Tambah pula abang saya pun baru meninggal dunia.

“Apa yang berlaku ini adalah kekuatan buat saya. Ini adalah sebahagian dari kehidupan. Kita kena harungi ujian ini.

“Saya tidak pernah anggap ia sebagai satu kegagalan dalam hidup. Saya harap ini adalah jalan terbaik buat saya,” katanya.

image is not available

Tak ambil tawaran kerja sebab jaga ibu

Jelas Afiq lagi, dia terpaksa menolak tawaran bekerja kerana perlu menjaga ibu dan menguruskan anak saudaranya selepas abang tersayang meninggal dunia.

“Setakat ini saya tidak mengambil sebarang tawaran kerja kerana sibuk menjaga ibu di rumah. Walaupun hampir sebulan menjalani pembedahan dia masih belum sihat.

“Saya juga ada tanggungjawab menjaga anak kepada arwah abang saya,” ujarnya.

image is not available

Akan lepaskan Pachara

Dalam pada itu, abang kepada pelakon Aishah Azman ini menyatakan yang dia akan melepaskan Pachara namun perlu mengikut prosedur tuntutan yang dibuat.

Dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memukul isteri seperti yang dinyatakan di media sosial sebelum ini.

“Saya akan lepaskan dia. Tapi kenalah ikut tuntutan dan ada pembelaan terhadap saya

“Dakwaan mengatakan dia dipukul adalah tidak benar. Jadi saya minta dia beritahu saya tidak bersalah. Dia tidak mahu berbuat demikian jadi saya teruskan dengan memfailkan nusyuz.

“Saya lihat dia kini lebih mendekati Islam, namun hati saya sudah terluka,” jelasnya.

image is not available

Untuk rekod, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 2019 namun belum dikurniakan cahaya mata.

Sekitar November 2022, Pachara mendedahkan bahawa suaminya telah menderanya di rumah mereka dan berkongsi beberapa gambar kecederaan yang dialami di media sosial.

Sumber: Mstar