Hadapi Musim Banjir, Cuti Kakitangan KKM Mungkin Akan Dibekukan

5 Nov 2023 • 4:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula keperluan ‘beku cuti’ kakitangannya di seluruh negara sebagai persediaan bagi menghadapi banjir Monsun Timur Laut yang dijangka melanda akhir tahun ini.

Kaji semula ‘beku cuti’ musim banjir

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, buat masa ini ‘beku cuti’ belum dilaksanakan kerana masih tiada keperluan, selain kejadian banjir di negara ini agak terkawal.

Bagaimanapun, kementerian telah melakukan persediaan menghadapi bencana berkenaan daripada pelbagai sudut termasuklah penyediakan fasiliti dan ubat-ubatan.

“Setakat ini kita memantau tapi memang kita sedang bersiap-siaga banjir berlaku bila-bila masa. Saya rasa memang kebiasaannya ada (beku cuti) di mana kita turut peka laporan daripada meteorologi dan sebagainya.
“Jika ada risiko banjir itu memerlukan lebih ramai petugas, mungkin kita terpaksa bekukan cuti namun buat masa ini tiada lagi keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan,”ujarnya.

image is not available

Katanya, atas faktor berkenaan, pihak kementerian kini mengambil inisiatif dengan merendahkan umur saringan kesihatan daripada 40 tahun kepada 18 tahun.

image is not available

Hadir sama Pegawai Kesihatan Segamat, Dr Zaid Kassim.

Sumber: Bernama