Hadi Awang akan pertahan jawatan presiden – “Kalau boleh nak mati dalam bertugas”

LocalPolitics
11 Jul 2025 • 2:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, 77, menegaskan akan mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan Muktamar Pas ke-71 di Kedah, September ini.

Hadi Awang mahu pertahankan jawatan

image is not available

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan Berita Harian, Abdul Hadi memberitahu beliau tidak mempunyai perancangan untuk melepaskan jawatan presiden yang telah disandang selama lebih 20 tahun itu.

Ahli Parlimen Marang itu juga mendedahkan untuk terus menabut khidmat kepada rakyat sehingga akhir hayatnya setelah baru sahaja menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara yang dilihat semakin bertambah baik.

“Saya kalau boleh nak mati dalam bertugas. Saya sihat, Alhamdulillah, masih sihat,” kata Abdul Hadi pada Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

image is not available

Foto: Berita PAS

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang diminta mengulas berhubung kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memberitahu isu itu akan dibincangkan bersama parti gabungan yang lain kerana jawatan itu bukan diputuskan oleh PAS sahaja.

Terdahulu, timbul berita mengatakan PN didesak untuk melantik pengerusi yang baharu namun dakwaan itu telah disangkal sendiri oleh Muhyidin selaku penyandang asal.