Hadi Awang hadir, penyokong PN ikuti keputusan di Kompleks Pas Negeri Sembilan

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hadi Awang hadir, penyokong PN ikuti keputusan di Kompleks Pas Negeri Sembilan
Abdul Hadi (duduk, dua dari kanan) hadir ke Kompleks Pas Negeri Sembilan di Kampung Ismail, Ampangan pada Sabtu bagi mengikuti perkembangan keputusan PRN Negeri Sembilan bersama pimpinan PN.

SEREMBAN – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hadir ke Kompleks Pas Negeri Sembilan di Kampung Ismail, Ampangan di sini pada Sabtu bagi mengikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bersama pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ketibaan beliau disambut penyokong yang berkumpul di pusat operasi berkenaan bagi menantikan keputusan rasmi selepas proses pengundian selesai.

Setakat malam ini, PN dilaporkan sudah mendahului di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima di pusat operasi parti.

Bagi PRN Negeri Sembilan, Pas mewakili PN mempertaruhkan lima calon iaitu Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa di DUN Serting, P M Kumar (Lobak), Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi) dan Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang).

Suasana di Kompleks Pas Negeri Sembilan kekal terkawal dengan penyokong terus mengikuti perkembangan keputusan yang dikemas kini dari semasa ke semasa sambil menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved