Hadi Awang tolak jadi PM – “Umur 70 lebih macam saya tak layak, penasihat boleh..”

LocalPolitics
15 Sep 2025 • 1:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,78, menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ahli Parlimen Marang itu berkata, al-Quran menetapkan panduan dalam memilih pemimpin yang layak antaranya berilmu, berintegriti dan mempunyai kekuatan tubuh badan.

image is not available

“Kita bersedia untuk memimpin Malaysia tapi keutamaan kita adalah menang pilihan raya dahulu dan mendapat cukup sokongan. Bila menang, masalah siapa memimpin akan dipilih secara dalaman parti PN.
“Orang umur 70 tahun lebih macam saya ini sudah tak layak, jadi penasihat bolehlah. Biar yang umur 70 ke bawah jadi Perdana Menteri dan orang itu kuat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-71, hari ini.

image is not available

Hadi Awang tolak jadi PM

Tegas beliau, PAS mempunyai ramai tokoh yang layak menjadi Perdana Menteri, khususnya dalam kalangan ahli akademik dan profesional.

Menurutnya, pemimpin yang dipilih perlu memimpin secara kolektif dengan barisan Kabinet yang terdiri daripada ahli politik serta teknokrat yang dilantik sebagai senator.

image is not available

“Kita diajar dalam Islam bahawa tanggungjawab memimpin adalah amanah sangat besar, kalau tunai kewajipan dengan baik akan dapat pahala besar, jika tak tunai masuk neraka.
“Sebab itu banyak orang takut jadi pemimpin, jadi terpaksalah kita menentukan siapa yang layak jadi pemimpin itu melihat ciri-ciri kepimpinan yang saya sebut tadi seperti berilmu, berintegriti dan boleh turun ke bawah,” katanya lagi.

Sumber: BH Online (M Hifzuddin Ikhsan)