Hadi ingatkan ahli PAS jangan ‘tebuk kapal’ sendiri

Politics
22 Oct 2023 • 3:46 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahlinya supaya tidak menjadi ‘penebuk kapal’ sendiri untuk menjatuhkan kerajaan ditadbir parti itu.

Menurutnya, sekalipun ada kelemahan di negeri yang diperintah parti itu, semua ahli parti perlu bersama-sama memperbaikinya, bukannya bertindak mendedahkan kepada lawan.

“Jangan ada dalam kalangan ahli menjadi penebuk kapal, ini tak boleh. Kita kena pertahan parti kita memerintah. Sebarang kelemahan kita tolong jangan dedah kelemahan itu kepada lawan.

“Pemimpin cawangan, kawasan juga perlu bantu wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menang, begitu juga kawasan wakil rakyat lemah perlu dibantu,

“Ini penting untuk meneruskan kerajaan yang kita perintah,” katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di sini, hari ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menjadi zalim atau mengamalkan sikap balas dendam selepas menjadi kerajaan dan ia akan dibuktikan di empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“Bila kita jadi kerajaan kita jangan buat zalim, jangan balas dendam ini diajar Islam… diajar nabi. Kita sabar, angggaplah itu pendidikan dalam pejuangan.

“Kita (PAS) mesti buktikan (PAS tak zalim) di negeri kita perintah. Kita nak jadi kerajaan yang adil kepada semua rakyat, sama ada mereka yang menyokong dan membangkang kita. Ini kita kena buktikan,” katanya. - 22 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved