Hadi kembali mengajar, syukur sihat sepenuhnya

LocalPolitics
4 Jul 2025 • 3:21 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dinasihatkan untuk berehat selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu kembali menyampaikan kuliah.

Perkara itu dikongsi Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Mohd Syahir juga sempat berkongsi petikan ucapan ringkas Abdul Hadi ketika membuka sesi kuliah tersebut.

"TG (tuan guru) mulakan kuliah hari ini dengan ungkapan ringkas, 'terlebih dahulu alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana sihat. Terima kasih kepada yang solat hajat, yang Tuhan makbulkan. Kita boleh teruskan pengajian kita'.

"Mengajar, sumber kekuatan, sumber keberkatan. Kita pun dapat tumpang berteduh. Alhamdulillah," katanya lapor Sinar Harian.

Beliau turut berkongsi rakaman suasana ruang solat yang dipenuhi kariah ketika Abdul Hadi menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang Terengganu, hari ini.

Abdul Hadi dilapor selamat menjalani prosedur rawatan di IJN pada 17 Jun lalu.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN, dengan kali terakhir dilaporkan menjalani rawatan pada 5 Januari tahun lepas. - 4 Julai, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved