Hadiah ‘anniversary’ terindah, wanita hamil selepas 16 tahun berkahwin

Family & Parenting
13 May 2024 • 5:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hamil selepas 16 tahun berkahwin

Setelah sekian lama berdepan ujian dan dugaan, seorang wanita yang dikenali sebagai Haznie Rozleen meluahkan rasa syukur apabila hamil selepas 16 tahun berkahwin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Haznie di laman TikToknya, dia tidak pernah menyangka hamil anak pertama secara semula jadi memandangkan sudah lama menanti kehadiran malaikat kecil dalam rahimnya.

Hamil selepas 16 tahun berkahwin

@haznierozleen

Memori yang tak dapat dilupakan.. Penantian ke 16 tahun perkahwinan kami, akhirnya Allah hadiahkan Kami REZEKI TERAGUNG! SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR! Berliku-liku rawatan kesuburan yang kami lalui.. KUNFAYAKUN.. Apabila Allah kata YA! Maka wujudla DIA.. ALLAH turunkan kami dengan rezeki Natural Pregnancy.. ALLAH ALLAH ALLAH! Syukur Kami kepadaMU, BERTAPA BESAR dan CANTIK segala percaturanMU.. Bertapa BESAR nya hadiah mu untuk kami ditahun ini.. Kupanjatkan doa lagi dan lagi padaMU agar kau jagakan anak yg aku kandung ini dengan sebaik yg mungkin sihat sempurna membesar di dalam rahimku.. Sehinggala dia lahir kedunia ini melihat Ibu Ayah dan keluarga Nya.. Aminnnn YRA.. #TTC #ttcjourney #16yearsmarried #firstbaby #naturalpregnancy #fyp #baby2024

♬ original sound – Haznie Rozleen Haron – Haznie Rozleen Haron

Bukan itu sahaja, Haznie berkata dia alami perubahan luar biasa terhadap badannya yang memberi tanda bahawa dirinya sedang hamil.

Bagi memastikan perkara tersebut, dia telah membuat Pregnancy Test sebanyak dua kali dan tidak menyangka usia kandungannya sudah masuk minggu ke enam.

image is not available

“Memori yang tak dapat dilupakan.. Penantian ke 16 tahun perkahwinan kami, akhirnya Allah hadiahkan kami rezeki teragung. Berliku-liku rawatan kesuburan yang kami lalui.

“Apabila Allah kata Ya! Maka wujudla DIA.. Allah turunkan kami dengan rezeki natural pregnancy, syukur Kami kepadaMu. Betapa besar dan cantik segala percaturanMu,” katanya.

Dalam pada itu, Haznie berharap anak dalam kandungannya dapat membesar dengan sihat dan tidak sabar untuk bergelar sebagai seorang ibu kepada anaknya kelak.

Hamil selepas 16 tahun berkahwin

image is not available

“Betapa besarnya hadiah mu untuk kami ditahun ini..

“Ku panjatkan doa lagi dan lagi padaMu agar kau jagakan anak yg aku kandung ini dengan sebaik yang mungkin sihat sempurna membesar di dalam rahimku.. Sehingga lah dia lahir kedunia ini melihat ibu ayah dan keluarganya.. Aminnnn YRA,” ujarnya lagi.

Tahniah sis!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita turut bergembira dan menzahirkan ucapan tahniah buat Haznie yang sudah lama menanti zuriat pertama selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga.

image is not available image is not available image is not available

Tolong doakan saya jugak!

Malah, ada juga segelintir wanita yang masih Trying To Conceive (TTC) meminta orang ramai untuk mendoakan mereka dikurniakan zuriat kelak.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Haznie Rozleen