Hadiah menarik menanti pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling esok

23 Jul 2022 • 3:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah esok.

Menerusi perkongsian di Instagram, sekretariat Jelajah Selangor Penyayang memaklumkan pengunjung hanya perlu mendaftar di kaunter pendaftaran jelajah itu mulai jam 9 pagi.

“Peluang keemasan untuk orang Petaling Jaya. Daftarkan diri dan berpeluang untuk membawa peluang motorsikal Suzuki Raider 150.

“Cabutan pemenang akan dibuat pada 12 tengah hari di pentas utama Jelajah Selangor Penyayang,” katanya hari ini.

Sementara itu, Jelajah Selangor Penyayang akan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ia bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan diserikan dengan pelbagai acara antaranya senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved