Hadiah Nobel Fizik 2026 Dianugerahkan Kepada Pencipta Balai Cerap Neutrino IceCube

WorldSpace
6 Oct 2026 • 9:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akademi Sains Diraja Sweden menganugerahkan Hadiah Nobel Fizik 2026 kepada Francis Halzen atas sumbangan penting kepada Balai Cerap Neutrino IceCube di Antaratika dan penemuan neutrino bertenaga tinggi yang berasal daripada angkasa lepas

Image from: Hadiah Nobel Fizik 2026 Dianugerahkan Kepada Pencipta Balai Cerap Neutrino IceCube
Francis Halzen

Neutrino sering digelar “zarah hantu” kerana ia boleh menembusi bumi dan tubuh manusia tanpa meninggalkan kesan yang ketara dan sangat jarang berinteraksi dengan jirim. Kerana neutrino tidak dipengaruhi medan magnet, arah pergerakannya boleh dijejak terus kepada sumber asal di angkasa.

Halzen menyedari ais bersih di Kutub Selatan boleh digunakan untuk mengesan jejak neutrino dan Idea dikemukakan pada 1988 untuk membina Balai Cerap Neutrino IceCube dengan isipadu 1 km padu. IceCube mengandungi lebih 5,000 sensor yang dipasang dalam kira-kira satu kilometer padu ais, sehingga kedalaman 2,500 meter.

Image from: Hadiah Nobel Fizik 2026 Dianugerahkan Kepada Pencipta Balai Cerap Neutrino IceCube
Balai Cerap Neutrino IceCube – gambar Wikimedia Commons

Neutrino menghasilkan cahaya apabila berlanggar dengan dengan nukleus atom yang menghasilkan cahaya yang boleh dikesan oleh sensor di dalam ais glasier yang jernih. Ais di Kutub Selatan mempunyai banyak kelebihan kerana ia bebas daripada pelbagai jenis gangguan dan kawasannya stabil dari segi geologi, tanpa sebarang gempa bumi.

Pengesanan neutrino membolehkan saintis mengkaji fenomena angkasa lepas seperti bintang meletup, lohong hitam dan letusan sinar gamma. Sebagai pemenang Hadiah Nobel Fizik 2026, Francis Halzen menerima ganjaran 12 juta krona Sweden (~RM 4.91 juta).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved