Hadiah penuh makna Zuhair Aizat

Football
3 Oct 2022 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zuhair Aizat meledak gol pertama musim ini. - Foto FB Sri Pahang FC.

Pemain tengah Sri Pahang FC, Zuhair Aizat Nazri mendapat hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-26 apabila meledak gol pertama musim ini.

Gol itu dihasilkan ketika membantu Sri Pahang FC menewaskan Sarawak United 4-1 dalam saingan Liga Super di Kuching pada Sabtu.

“Saya juga gembira kerana gol itu dijaringkan sempena hari lahir saya yang ke-26,” katanya.

Pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang menyumbat gol keempat pada penghujung perlawanan selepas masuk pada minit ke-83 menggantikan Baqiuddin Shamsudin.

Tiga lagi gol skuad bimbingan Datuk Dollah Salleh menerusi dua jaringan Steven Rodriguez pada minit ke-58, 78 dan satu gol oleh David Rowley pada minit ke-37.

Gol tunggal Sarawak United pula dijaringkan Zahrul Nizwan Joe Kifli pada minit ke-45.

Zuhair Aizat memberitahu, jaringan itu memberikan suntikan semangat buatnya sebagai persediaan untuk mempamerkan prestasi terbaik pada kempen Piala Malaysia nanti.

“Saya bersyukur dan bangga kerana dapat memanfaatkan peluang yang diberikan jurulatih sebaik dimasukkan pada babak kedua perlawanan.

“Sudah semestinya saya gembira kerana misi Sri pahang ke Kuching ialah untuk mencatat kemenangan dan kami melakukannya dengan cemerlang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved