“Hadiah RM7 Ribu..” – Rakan Artis Beri Klu Im Jiyeon & Lee Dohyun Bakal Berkahwin?

Music
26 Mar 2024 • 11:08 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah pun lebih setahun bercinta, mesti ramai menantikan berita baik mengenai pasangan Lee Do-hyun dan Im Ji-yeon kan?

Terbaru, pelawan Jo Hye-run telah menjadi tetamu di rancangan “The Unnin Who Played” bersama Chae Ri-na dan sempat membuat persembahan lagu miliknya iaitu “Anacana”.

Salah seorang ahli panel iaitu Lee Ji-hye memberitahu bahawa pelawak berkenaan semakin popular sebagai penyanyi jemputan di majlis perkahwinan. Dia kemudian mengusik Choa dan Ivy sama ada mahu sekiranya Jo Hye-ryun membuat persembahan di majlis mereka nanti. Mereka kemudiannya menjawab sopan,

Kami berterima kasih.

image is not available

Pun begitu, Jo Hye-ryun menjelaskan bahawa dia sudah menanam niat untuk menyanyi di perkahwinan pasangan selebriti ini nanti,

Kalau pasangan ‘The Glory’ berkahwin, saya mahu menyanyi di sana.

Chae Ri-na kemudiannya mengusik jika wanita itu sudah bertanya kepada pasangan tersebut. Seloroh Jo Hye-run, dia mengatakan akan membayar mereka supaya membenarkan dia membuat persembahan di situ. Katanya, mungkin dia akan memberikan duit hadiah 2 juta won (RM7,000).

Dalam pada itu, Lee Do-hyun dan Im Ji-yeon mendedahkan bahawa mereka bercinta pada awal tahun 2023. Pun begitu, pasangan itu tidak menyatakan sebarang hal mengenai perkahwinan setakat ini sementelah Lee Do-hyun masih lagi sedang menjalani khidmat ketenteraan.

Adakah…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved