Bagi anda yang meraikan Hari Ibu saban tahun, mencari hadiah untuk ratu hati mungkin boleh menjadi hal yang rumit. Maklumlah diri mahu memastikan setiap hadiah yang diberikan kepada ibu, mama, mommy, atau mak itu boleh menggembirakan si empunya badan.
Selain itu, hadiah ini adalah salah satu cara untuk anak-anak meluahkan kasih sayang dan penghargaan terhadap ibu. Dengan pelbagai produk yang terdapat di pasaran, semestinya terdapat sesuatu yang istimewa untuk setiap ibu.
Senarai di bawah mungkin membantu anda membuat pilihan.
Berbelanja Di Marks & Spencer
Marks & Spencer menjemput anda untuk meraikan Hari ibu dengan pengalaman membeli-belah yang mewah, di mana anda boleh mencari hadiah yang sesuai untuk memanjakan ibu-ibu yang luar biasa dalam hidup anda. Daripada hadiah untuk kecantikan, pakaian dan kelengkapan rumah sehinggalah kepada hidangan istimewa.

Temui koleksi syampu dan perapi terpilih untuk memanjakan dan mencergaskan diri. Meditate Gift Set adalah pilihan terbaik untuk golongan ibu menikmati saat-saat ‘me time’ yang menggembirakan.
Selain itu, ada juga pelbagai pilihan syampu dan perapi lain yang boleh dijadikan pilihan seperti Apothecary Energise Shampoo and Conditioner, Apothecary Detox Shampoo and Conditioner, dan Apothecary Nourish Shampoo and Conditioner.
Untuk ibu-ibu yang layak digelar foodie, anda boleh dapatkan hidangan istimewa dari Marks & Spencer Foodhall. Dapatkan rangkaian 'You're Tea-rrific', baharu untuk tahun 2024, sesuai untuk ibu yang menggemari teh di luar sana, dipenuhi dengan cawan teh coklat susu berkrim dan teko.

Gembirakan juga dia dengan Belgian Cocoa Dusted Chocolate Truffles and Marc De Champagne Truffles dan pelbagai pilihan Belgian Chocolate. Tidak ketinggalan, The All Butter Strawberry and Clotted Cream Shortbread, citarasa klasik untuk dinikmati bersama secawan teh.
Satu lagi tawaran yang menanti di Marks & Spencer ialah bermula dari 8 hingga 12 Mei, anda boleh menikmati diskaun 10% untuk untuk semua pakaian wanita, termasuklah pakaian dalam.
Perhatikan Kesihatan Ibu Dengan Siri Galaxy Watch6
Tunjukkan penghargaan untuk wanita paling penting dalam hidup anda dengan hadiah yang mampu memerhatikan tahap kesihatannya dengan menghadiahkan siri Galaxy Watch6.

Siri Galaxy Watch6 mempunyai keupayaan pemantauan kesihatan yang termaju. Ia menawarkan penjejakan masa nyata bagi metrik kesihatan penting seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah dan kualiti tidur. Dengan cerapan dan makluman yang diperibadikan, orang yang disayangi boleh terus mendapat maklumat tentang status kesihatan mereka dan mengambil langkah proaktif ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Contohnya, mereka boleh kekal aktif dengan menetapkan sasaran harian atau mingguan yang diperibadikan untuk langkah atau senaman.
Selain itu, mereka boleh bergantung pada fungsi ‘sleep coach’ untuk menggabungkan tabiat yang lebih baik untuk mendapatkan rehat yang mencukupi dan diharapkan lebih baik setiap malam.
Ingat! Semakin meningkat usia, kita lebih mudah terdedah kepada proses penuaan semula jadi dan cabaran penyakit seperti diabetes, berat badan berlebihan, hipertensi dan demensia.
Untuk menua secara sihat, mempunyai alat yang berguna untuk memantau metrik kesihatan utama adalah penting, itulah sebabnya Galaxy Watch6 sangat berguna. Maklumat tersebut akan direkodkan dalam Samsung Health dan data-data ini sangat membantu apabila si ibu mendapatkan rundingan perubatan.
Sama ada ibu anda seorang pesara, suri rumah,profesional yang sibuk atau peminat kecergasan, siri Galaxy Watch6 adalah teman yang sesuai untuk menemaninya setiap langkah ke arah penuaan yang sihat.

Lawati Samsung Experience Store terpilih dari 10 hingga 12 Mei ini turut serta dalam aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma oleh profesional penjagaan kesihatan berlesen. Hadiah percuma yang menarik juga turut tersedia untuk direbut.
Harga runcit untuk siri Galaxy Watch6 ini bermula daripada RM1,099.
Alatan Memasak Untuk Cef Kegemaran Sepanjang Zaman
Jika ibu anda seorang yang suka memasak untuk menggembirakan ahli keluarga atau menganggap aktiviit ini sebagai terapi dan tradisi keluarga, bolehlah hadiah peralatan dapur atau alatan memasak untuknya.
Hadiah daripada anda sudah pasti boleh membantu menjimatkan masanya di dapur, malah mempermudahkan kerja-kerja memasak. Antara alatan yang boleh dijadikan pilihan ialah Dessini Italy 4.5L Electric Air Fryer agar dia boleh menikmati hidangan tanpa rasa bersalah. Penggoreng udara mampu milik terkini ini memasak makanan dengan mudah untuk kesempurnaan dengan penggunaan minyak yang minimum.

Set Pisau Anti Karat Berlingerhaus juga berbaloi dijadikan hadiah. Set pisau keluli tahan karat berkualiti tinggi ini menggabungkan keanggunan dengan fungsi ketajaman dan ketepatan.
Satu lagi alatan yang boleh dibeli sebagai hadiah ialah Electrova Hand Mixer Baker Series. Ia sesuai untuk golongan ibu yang gemar membakar. Sama ada perlu menggabungkan bahan untuk resipi yang halus atau menguli doh yang lebih keras, pengadun tangan elektrik ini dibina untuk mengendalikan semuanya.
Dapatkan peralatan ini di platform beli-belah https://www.lazada.com.my/ untuk tawaran harga menarik. - Getaran, 11 Mei 2024


