Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan, Influencer Sarawak Dipuji Ramai

13 Mar 2024 • 10:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejutan Manis Anak Kepada Ibu Bapa: Pakej Umrah Iktikaf Ramadan

Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan, Influencer Sarawak Dipuji Ramai. Baru-baru ini, seorang influencer lelaki berasal dari Sarawak, Qayyum Jawi menjadi tular di media sosial apabila dia memberikan kejutan kepada ibu dan bapanya dengan menghadiahkan pakej Umrah Iktikaf Ramadan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Qayyum dilihat memberikan sampul surat kepada ibu bapanya yang sedang bekerja.

image is not available
Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan, Influencer Sarawak Dipuji Ramai. Sumber: TikTok

Ibu bapanya gembira dan sebak lepas tahu bakal menunaikan umrah

Apabila mereka membuka sampul itu, wajah mereka berubah menjadi terkejut dan gembira setelah mengetahui mereka akan menunaikan ibadah umrah di Mekah sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Pakej Umrah Iktikaf Ramadan yang ditempah oleh ibubapa Qayyum telah bermula pada 9 Mac dan akan berakhir pada 14 April. Qayyum membawa mereka menghadiri kursus umrah dan membeli keperluan untuk dibawa ke Tanah Suci.

Dalam pada itu, sebelum berlepas, keluarga itu mengadakan makan selamat dan Qayyum memberikan wang Arab Saudi kepada ibubapanya.

Netizen turut rasa sebak, dan doakan supaya Qayyum dilimpahkan rezeki

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video ini mendapat reaksi sebak dan terharu daripada netizen. Mereka memuji Qayyum yang menghadiahkan pakej umrah kepada ibubapanya dan mendoakan agar dia dilimpahi rezeki.

@qayyumjawi

selamat beriktikaf mak dgn bapa di tanah suci mahwaku.. semoga mendapat umrah yang mabrur #qayyumjawi #umrah

♬ Buah Hati – Armada

Untuk makluman, pakej Umrah Iktikaf Ramadan berbeza daripada pakej umrah biasa kerana tempoh menetap di Tanah Suci lebih lama. Menurut sumber, jemaah yang memilih pakej ini lebih gemar beriktikaf di masjid sepanjang bulan Ramadan berbanding berulang-alik ke hotel untuk solat

Baca juga artikel yang berkaitan: