Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

21 Jun 2022 • 6:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HADIAHKAN kepada pengantin barangan yang bermanfaat seperti kelengkapan rumah dan barangan keperluan rumah, sekumpulan sahabat ini dipuji warga maya kerana ia bermanfaat daripada yang 'bukan-bukan' atau merapu.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok nzrnahmd_, kumpulan sahabat sedondon hitam itu menghadiri majlis meraikan rakan mereka menjadi raja sehari.

Antara hadiah yang dibawa ialah bantal, set kuali dan periuk serta bahan makanan seperti gula, bawang, sabun, telur, minuman coklat malt, minyak masak dan kicap.

image is not available

“Dah macam mangsa banjir,” tulis nzrnahmd_ pada kapsyen yang mungkin merujuk kepada hadiah yang dibawa mereka.

Katanya di ruangan komen, mereka cuba membantu pengantin agar dapat berjimat cermat membeli barangan keperluan dapur.

image is not available

Warga maya rata-rata memuji kumpulan lelaki terbabit kerana memberikan buah tangan yang bermanfaat buat pengantin.

image is not available

Walaupun mungkin harganya tidak tinggi, ia tentunya akan digunakan dan tidak ‘mencemarkan’ majlis.

image is not available

-“Alhamdulillah. Hadiah beginilag bagus, baik-baik kawannya ni.”

- “Much better daripada bagi benda bukan bukan.”

-“Aku approve hadiah macam ni, mesra poket.”

-“Barang dapur mahal dah. RM50 dapat banyak mana je, minyak masak tu pun sudah berpuluh ringgit.”

-“Tell me you have a quality circle without tell me you have a quality circle.”

-“Bagusnya, hadiah macam ini lah paling berguna, daripada yang merapu.”

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memalukan apabila tetamu sebuah majlis perkahwinan membuat ‘onar’ menghadiahkan barangan ‘bukan-bukan’ kepada pengantin.

Sekumpulan lelaki bertindak cuba 'berjenaka' dengan memberi alat cegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (kondom) sebagai hadiah perkahwinan kepada pasangan mempelai secara terbuka.

Hal ini mendapat kecaman warga maya malah mendapat perhatian pendakwah, Ustazah Asma’ Harun yang menyifatkan trend hadiah kahwin tidak bermaruah bukan sebahagian daripada budaya masyarakat kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.