Hadie Tumpang Tidur Rumah Odah, Ina Naim Luah Rasa Risau – “Ya Allah Jauhkanlah Anak Aku Dari Maksiat & Zina”

EntertainmentFamily & Parenting
7 Nov 2025 • 11:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Ina Naim mendedahkan perasaan gelisah yang melanda dirinya apabila anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie, tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama beberapa rakannya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Ina, atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim, 41, berkata, dia tidak dapat tidur malam kerana bimbang jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anaknya itu.

Advertisement

View this post on Instagram

“Ibu nampak abang (Hadie) bawa beg keluar dari rumah Amar, mesti tumpang tidur rumah Odah (Audra). Ibu risau, ibu tidak boleh tidur malam. Sampaikan ibu berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah anak aku daripada maksiat dan zina’,” kata Ina.

Ina menjelaskan bahawa rasa takut dan gelisah itu bukan kerana dia tidak mempercayai anaknya, tetapi lebih kepada naluri keibuan yang ingin memastikan keselamatan dan maruah anaknya sentiasa terpelihara.

Tegas Ina, dunia kini penuh dengan dugaan yang boleh membawa sesiapa sahaja ke arah keburukan, tidak kira latar belakang atau pegangan agama.

“bu sangat risau. Syaitan kalau nak hasut manusia, sesiapa Syaitan boleh hasut. Orang pakai kopiah atas kepala pun boleh letak tepi kopiah dia.

Ibu dah 41 tahun hidup, pelbagai dugaan dan ujian. Ibu gelisah, nak tidur pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Itulah naluri seorang ibu.

Difahamkan, Hadie keluar bersama beberapa rakannya iaitu Amar Haikal (anak Ameng), Audra (anak Sharifah Shahira), dan beberapa lagi, dan hubungan mereka mula akrab selepas bersama-sama menyertai program nyanyian Talk To My Manager.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-11-07 10:04:58

Nubhan Bawa Anak-Anak Jumpa Pembantu Rumah, Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai - "Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya?"

The post Hadie Tumpang Tidur Rumah Odah, Ina Naim Luah Rasa Risau – “Ya Allah Jauhkanlah Anak Aku Dari Maksiat & Zina” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.