Hadir ke istana bersama ibu, hero banjir, Abang Viva terima Pingat Jasa Kebaktian

24 Aug 2022 • 6:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERKAT restu seorang ibu dan jasanya kepada masyarakat, Azwan Omar yang popular dengan nama Abang Viva menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Kurniaan pingat itu diberikan atas jasanya membantu mangsa banjir di negara ini sejak Disember 2021.

image is not available

Ibunya Norbibah Hashim, 67, turut hadir ke Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, Melaka bagi mengiringi Azwan, 30.

Tunangan Azwan, Evanoza turut mendoakan agar lelaki itu terus berjaya.

image is not available
Azwan di samping tunangnya, Evanoza (Kredit foto: TikTok Evanoza)

“Saya sentiasa doakan awak sukses dan sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT, aamin!,” titipnya di TikTok.

Mengangkut bot dari Melaka ke negeri-negeri yang terjejas banjir, nama Abang Viva menjadi perhatian masyarakat.

Azwan terdahulu tular di pelbagai platform media sosial selepas memandu kereta Perodua Viva membawa bot getah ke Selangor dari Melaka demi membantu mangsa banjir dengan berbekalkan RM50 pada Disember lepas.

image is not available

Bukan itu sahaja, berkat niatnya yang murni, Azwan menerima hadiah sebuah motosikal ‘superbike’ dan trak pikap.

Selain itu, lelaki itu menjaga dua orang anak kakaknya yang telah meninggal dunia. Semoga bakti dicurahkan dan kejayaan yang diraih Azwan menjadi inspirasi golongan wanita.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan