Hadir Ke Mahkamah Naik ‘Wheelchair’, Isteri Ketiga Bekas PTD Didakwa Terima Wang Haram RM77,000

LocalPolitics
22 Jan 2026 • 10:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000, dua tahun lalu, memetik Kosmo.

Bagaimanapun, tertuduh Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Advertisement

image is not available

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Salwani yang didakwa bertindak sebagai pengawal sebuah syarikat, dituduh menerima wang hasil daripada aktiviti haram masing-masing berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000. Kesemua wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan RM77,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Damansara Heights antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025, mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), dan dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta yang sama.

(Kes Pegawai Tertinggi ATM): Jongkong Emas 3.7 Kg, Wang Tunai RM4.4 Juta Antara Yang Disita SPRM

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 15 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah wang hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Salwani diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-15 15:05:53

(Kes Pegawai Tertinggi ATM): Jongkong Emas 3.7 Kg, Wang Tunai RM4.4 Juta Antara Yang Disita SPRM

The post Hadir Ke Mahkamah Naik ‘Wheelchair’, Isteri Ketiga Bekas PTD Didakwa Terima Wang Haram RM77,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.