Hadir Mata Lebam, Rafi Awang Kechik Dedah Cerita Sebenar Pembedahan Zahid Hamidi

Politics
5 Jul 2023 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pemimpin parti UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang didakwa telah membuat pembedahan plastik di Korea Selantan. Uish, ye ke ni?

Kecaman netizen terhadap Timbalan Perdana Menteri itu telah membuatkan salah seorang pemimpin UMNO, Rafi Awang Kechik mendedahkan perkara yang sebenar.

Pembedahan mata

image is not available

Menurut Rafi, dirinya telah bertemu dengan Presiden UMNO tersebut dan mendapati terdapat kesan laser pada mata Zahid Hamidi.

Beliau lakukan pembedahan untuk membuang selaput mata di kedua-dua belah matanya bagi membuang selaput tersebut yang hampir menutup 70% matanya.

Rafi juga memberitahu bahawa Zahid tidak mempunyai pilihan yang lain kerana berkemungkinan risiko lain akan wujud sekiranya dia tidak melakukan pembedahan.

Malah, Zahid juga dilihat mengenakan kaca mata hitam ketika menghadiri beberapa program baru-baru ini.

Sebelum ini, tular gambar Zahid yang menyaksikan perubahan pada wajah, termasuk matanya kelihatan lebam di media sosial.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media