Hael Husaini Beri Respon Persoalan Netizen, Betul Ke Buat Muka Di Korea?

Music
6 Mar 2023 • 1:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini kami ada melaporkan penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini mengundang perhatian netizen di mana rata-ratanya memberi respon mengenai imej terkininya.

Menerusi satu video di Tiktok, terdapt banyak komen netizen yang terkejut melihat perubahan imejnya. Ada yang membuat persamaan dengan penyanyi terkenal antarabangsa Michael Jackson.

Bukan tu jer, di Twitter pula ada yang bertanya kepada penyanyi itu adakah pergi ke Korea untuk tujuan membuat muka.

Tak berdiam diri, Hael tampil dan memberi respon berkenaan pertanyaan seorang individu di Twitter itu.

image is not available

Taklah, pergi buat tteokbokki.

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang diberikan penyanyi itu. Sebelum ini terdapat laporan dari Berita Harian yang mendedahkan tentang penampilannya.

Jujurnya, saya memang tidak pandai berfesyen atau melaram. Imej dan penampilan saya semuanya ditetapkan penata gaya. Jadi, lebih baik saya serahkan pada pakar. Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas.

Saya pun tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Cuma, sebagai selebriti, saya kena sentiasa menjaga penampilan.

Apa pandangan korang? Rindu gaya Hael  dulu ataupun yang sekarang?

Kredit: Portal Huburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.