Hafidz Roshdi Akhirnya Kembali Berlakon 

Entertainment
24 Jun 2024 • 2:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Hafidz Roshdi kembali berlakon

Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya kembali berlakon selepas setahun tidak mendapat tawaran dan namanya tidak diluluskan pihak televisyen untuk berlakon.

Menurut laporan Oh! Bulan, Hafidz juga akui  agak mencabar untuk dirinya tidak berlakon dalam tempoh yang agak lama itu dan terpaksa bekerja sebagai penghantar barang untuk teruskan kehidupan ketika ditemu bual.

Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang seperti proses ‘healing’ untuk saya selepas lapan tahun tak berehat sejak jadi pelakon.

Ia macam satu terapi kerana dapat berjumpa dengan ramai orang. Bila mereka nak bergambar, saya rasa seperti membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021.

Bukan tu jer, Hafidz juga berkata yang dirinya tetap reda dengan rezeki Allah SWT selepas namanya tidak diluluskan untuk berlakon sebelum ini. 

Saya hanya pasrah. Saya tak pernah pun bertanya pada produksi sebaliknya anggap tak ada rezeki. Memang ketika itu kehidupan saya agak mencabar.

Hafidz juga bersyukur selepas diberi peluang lagi untuk dirinya kembali berlakon dan mendedahkan yang dia kini sedang menjalani penggambaran drama Bawah Payung Awan.

Alhamdulillah Allah seolah-olah memberikan peluang kedua apabila baru-baru ini saya kembali menerima tawaran lakonan.

Saya berharap ini akan menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.