Hafiz Mahamad order 50 Piza Mendonia tanda mohon maaf pada Cik Epal

LocalFood
23 Oct 2025 • 5:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memaklumkan telah membuat pembayaran sebanyak RM6,750 untuk 50 biji Pizza Mendonia milik pempengaruh Cik Epal yang akan diberikan kepada orang ramai.

Pesan 50 Piza Mendonia

image is not available

Menurut perkongsian di Threads, Hafiz terpaksa memesan sebanyak 50 kotak piza sebagai permohonan maaf kerana khuatir sekiranya tidak sempat menghasilkan doh piza dengan jumlah kuantiti yang banyak.

image is not available

“50 Pizza Mendonia percuma. Saya dah hubungi Cik Epal. Alhamdulilah dia respon baik berhubung isu staf Ainaa.

“Cerita dia, semalam saya kata “Saya nk buat 50 Pizza & bagi pada awak depan Ainaa Clinic”. Tapi saya takut tak sempat nk buat dough. Jadi, saya order Pizza Mendonia.

“Insya-Allah mana tahu nanti bila awak kongsi pengalaman menikmati piza ini boleh majukan lagi perniagaan Cik Epal,” ciapan Hafiz di Threads.

image is not available

Sebelum ini, Hafiz membuat permohonan maaf terbuka atas kekhilafan salah seoarang pekerjanya yang menyindir harga piza milik pempengaruh, Cik Epal.

Difahamkan, usahawan itu membuat panggilan video menegur pekerjanya untuk lebih berhati-hati dan tidak mahu menaikkan ‘engagement’ dengan cara menjatuhkan orang lain.

Sebagai tanda permohonan maaf Hafiz berjanji akan memberikan sebanyak 50 piza percuma di hadapan kliniknya pada Sabtu.

Sumber: Threads hafizmahamad