Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu Yang Tular Di Kota Mekah, Siap Dengan Lakonan Sekali

6 Aug 2024 • 3:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tempoh hari, seorang pempengaruh dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad telah difitnah oleh satu akaun di aplikasi X.

Berikutan itu, Hafiz diminta bertanggungjawab kerana telah mengundang fitah kepada agama Islam.

Hari ini, menerusi Instagram miliknya, dia telah membuat satu hantaran video menerangkan kepada peminat mengenai isu tersebut.

Hafiz bersama-sama Ahli Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr Kamilin Jamilin memberi penerangan dan meminta netizen untuk tidak mempercayai satu babak sahaja.

Hanya dengan satu scene dan beberapa saat sahaja, awak dah keluarkan kenyataan begini.

Bila saya lihat semua hantaran awak, hantaran awak lebih objektifkan untuk mengelirukan orang ramai tentang agama, tak kira la agama Hindu mahupun agama-agama yang lain.

Tetapi apabila awak sentuh tentang Islam, saya sebagai orang Islam dan saya bertanggungjawab di atasnya. Awak yang saya maksudkan adalah media.

Hafiz juga mengatakan dia akan menerangkan satu per satu bagaimana Islam mementingkan keselamatan wanita.

Terdahulu, video milik Hafiz Mahamad yang sedang bergelut untuk mencium hajarul aswad telah menjadi bahan fitnah oleh individu yang ingin mencemarkan agama islam.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @hafizmahamad


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved