Hafiz Suip Akui Sifat Marah Tak Terkawal Punca Diri & Keluarga Musnah – “Semua Orang Ada Rasa Itu..”

LocalFamily & Parenting
22 Jul 2025 • 8:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi dikenali ramai iaitu Hafiz Suip mengakui bahawa sifat amarah yang tak terkawal punca hidupnya hancur serta terumbang-ambing.

Sifat kuat marah punca hidup musnah

Menurut Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, pernah suatu ketika emosi melampau menguasai dirinya dan membawa kepada keputusan yang tersasar hingga memberi kesan mendalam dalam kehidupannya.

image is not available

Aku belajar daripada kesilapan sendiri. Allah bagi kita sifat amarah itu, tapi kita yang kena uruskan dengan waras. Kalau benda tu baik, aku teruskan. Kalau tidak, aku buang dari hidup aku.

Terlalu rindukan anak-anak..

Dalam pada masa yang sama, penyanyi itu sama sekali tidak menyembunyikan rasa rindu terhadap anak-anak, terutama selepas dia berpindah ke semula ke kampung halaman, Sarawak.

image is not available

Setiap hari aku rindu. Rasa nak call, nak dengar suara. Tapi mereka sibuk dengan sekolah, jadual penuh. Mak dia lebih layak untuk jaga mereka. Aku doa saja setiap hari supaya mereka membesar dengan sihat dan faham maksud kehidupan nanti.

Sekadar info, Hafiz sebelum ini memaklumkan rumah tangganya bersama isteri yang dibina sejak tahun 2016 tidak dapat diselamatkan dan kini dalam proses perceraian.

image is not available 2025-01-03 10:36:42

Dalam Proses Bercerai, Hafiz Suip Rela Lepaskan Isteri Cara Baik