Hafiz Suip & Isteri Sah Cerai Talak Satu – “Saya Tidak Menyesal Dengan Apa Yang Berlaku..”

LocalFamily & Parenting
29 Jul 2025 • 7:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dikenali ramai iaitu Hafiz Suip mengesahkan dirinya dan isteri telah pun sah bercerai talak satu pada 29 Mei lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

image is not available

Menurut Hafiz, buat masa ini hak penjagaan anak-anak berada di bawah bekas isteri kerana menganggap ibu merupakan tempat perlindungan terbaik buat anak-anak.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi terbabit berkata masih mengekalkan hubungan baik bersama bekas isteri dalam membincangkan urusan anak-anak memandangkan dia kini menetap di Kuching, Sarawak.

image is not available

Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah pengajaran dan pengalaman.

Sekadar info, Hafiz Suip dan bekas isteri, Nureffy mendirikan rumah tangga bersama pada 14 Mei 2016, di mana mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

image is not available 2025-07-22 08:55:59

Hafiz Suip Akui Sifat Marah Tak Terkawal Punca Diri & Keluarga Musnah - “Semua Orang Ada Rasa Itu..”