Hafiz Suip kahwin kali kedua, sekali lafaz suami Fiona Saffiyya 

LocalEntertainment
13 Feb 2026 • 5:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH buat penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Fiona Saffiyya.

Akad nikah Hafiz dikongsikan menerusi penstriman langsung laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu, Hafiz masuk ke dewan bersama kedua-dua cahaya matanya, Muhammad Riyadh Zafri, 9, serta Muhammad Alkaf Zayne, 6.

image is not available

Ia diikuti pengantin perempuan yang menggayakan sepersalinan kurung moden berona putih diiringi ibu dan adik-beradik ke pelamin.

image is not available

Majlis akad nikah tertutup tersebut berlangsung pada Jumaat di sebuah dewan di Petrajaya, Kuching  menyaksikan Hafiz dengan hanya sekali lafaz sah menjadi suami kepada Fiona Saffiyya.

Hafiz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120 kepada Fiona sebagai simbolik penyatuan mereka.

Terdahulu, pelantun lagu Awan Nano itu berpisah dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada  29 Mei 2025 selepas berkahwin selama sembilan tahun.