Hafiz Suip kongsi gambar dengan sahabat -“Diorang tak tuduh aku bukan2”

4 Jun 2024 • 10:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penyanyi, Hafiz Suip kongsi gambar dengan sahabat di platform TikTok dengan menyatakan mereka adalah insan-insan yang telah dikenali sejak dari bangku sekolah lagi.

Rakan2 dari bangku sekolah

Ujarnya lagi, gambar yang dimuat naik hanyalah sebahagian sahaja daripada sahabat-sahabat sewaktu di sekolah memandangkan ada yang tidak sempat dijemput untuk menyertai mereka serta ada yang telah terputus hubungan.

“Assalamualaikum semua. Nak bagitahu, diorang ni lah sama dengan aku dari sekolah sampai la ni. Ni pun ada lagi yang tak sempat nak invite (sebab dah lewat) dan ada yang dah lost contact,” tulisnya.

image is not available

Hafiz Suip kongsi gambar dengan sahabat yang tak pernah cakap bukan2

Tambah penyanyi lagu Awan Nano berkenaan, dia mengatakan yang rakan-rakannya itu sama sekali tidak pernah menuduhnya dengan perkara yang bukan-bukan sebab mengenali bagaimana dirinya sebelum ini.

“Still diorang tak ada assume aku atau tuduh aku yang bukan2 sebab diorang kenal aku siapa. So, korang apa cerita ek? Sempat ke nak minta maaf depan2 nanti,” tanya Hafiz lagi.

image is not available

Hafiz Suip kongsi gambar dengan sahabat dapat perhatian ramai

Perkongsian pemilik nama sebenar, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, itu pastinya mendapat perhatian ramai selepas beberapa spekulasi mengenai penyanyi itu bertebaran di media sosial sejak kebelakangan ini susulan ‘kehilangan’ akaun Instagram miliknya.

Namun, rata-rata menasihati Hafiz untuk tidak mengendahkan komen-komen negatif daripada netizen dan terus bangkit untuk berkarya memandangkan ramai lagi menanti kemunculan semula penyanyi yang kerap mewarnai Anugerah Juara Lagu (AJL) di Malaysia.

image is not available

Terus kuat bro, semoga semua dipermudah

image is not available

Jangan kisah apa yang orang kata lagi

image is not available

Terus kekal positif

image is not available

Terdahulu, kenyataan selebriti kelahiran Sarawak itu dengan memaklumkan diri sudah tidak relevan lagi nampaknya tidak disejutui oleh para peminat.

Dia yang merupakan antara penyanyi dengan vokal terbaik di Malaysia dilihat mula menyepi dari industri seni sehingga akaun Instagramnya turut sudah tidak kelihatan.

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Juara Akademik Fantasi Musim ke-7 termasuklah berkenaan rumah tangga yang dikatakan sedang bermasalah.

Sumber: TikTok hafizsuip90