Hafiz Suip luah rindu pada anak-anak, IG pula ‘hilang’?

28 May 2024 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Hafiz Suip luah rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.

Hafiz Suip luah rindu pada anak-anak

image is not available

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Hafiz berkongsi sekeping foto memaparkan dirinya bersama anak-anak lelakinya beserta kapsyen menyatakan kerinduannya.

“Rindu sangat kat dorang,” katanya.

Namun begitu, ayat seterusnya dan tanda pagar yang digunakan oleh Hafiz pada ruangan kapsyen itu menimbulkan tanda tanya.

image is not available

“Goyah ke tu? #janganmainapi,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang menitipkan kata-kata sokongan buat penyanyi berusia 34 tahun itu.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan

image is not available

Semoga kembali bersinar

image is not available

Rindu suara Hafiz

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang mahu penanyi lagu Bahagiamu Derita ini untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Nyanyi balik macam dulu, masih ramai yang minat

image is not available

Buat comeback, buat lagu sedap2

image is not available

Jangan sia-siakan bakat yang ada

image is not available

Rindu dengar lagu2 Hafiz, semua best

image is not available

Menerusi tinjauan. Hafiz masih belum memberikan sebarang kenyataan atau penjelasan berkenaan kapsyen pada gambar yang dikongsinya.

Sebelum ini, Hafiz telah menyahaktifkan akaun media sosial Instagram dan Facebook miliknya tanpa sebarang penjelasan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sumber: TikTok Hafiz Suip