Haier Perkenalkan Mesin Basuh Pintar Baharu Di Malaysia – Harga Bermula RM2249

LocalTechnology
12 Nov 2025 • 7:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Haier memperkenalkan barisan mesin basuh baharu menerusi siri X di pasaran Malaysia. Ia direka untuk memenuhi gaya hidup moden serta menawarkan teknologi pintar bagi memastikan cucian yang lebih berkesan. Pengguna boleh memilih antara tiga model iaitu X5, X7 dan X9 di mana model X9 menawarkan spesifikasi paling premium dalam barisan tersebut.

image is not available

Kesemua model dalam siri ini merupakan mesin basuh pintu hadapan yang menampilkan rekaan moden. Perbezaan utama terletak pada panel kawalan di mana model X7 dan X9 menggunakan panel sesentuh sepenuhnya, manakala model X5 dilengkapi dengan tombol berputar sebagai kawalan tambahan.

image is not available
Haier X5
image is not available
Haier X9

Dari segi teknologi, siri X menggabungkan AI Wash dan Essence Wash bagi menjimatkan masa, air dan tenaga sambil memastikan penjagaan fabrik yang menyeluruh. AI Wash berfungsi secara automatik dengan mengesan jenis fabrik dan kadar penyerapan air seterusnya mencadangkan program cucian yang sesuai. Dalam masa sama, Essence Wash melarutkan bahan pencuci secara sekata dan menyemburkannya terus ke fabrik untuk hasil cucian yang lebih mendalam.

image is not available
image is not available
image is not available

Selepas cucian selesai, teknologi Ultra Fresh Air akan mengeringkan bahagian dalam dan mengurangkan kelembapan bagi mengelakkan bau serta kedutan. Proses ini berlaku secara automatik tanpa memerlukan sebarang tetapan tambahan. Selain itu, siri X turut dilengkapi antara muka Color AI dengan panel LCD berwarna yang menggantikan butang tradisional lantas meningkatkan keselesaan pengguna.

image is not available
image is not available
image is not available

Menurut Haier, pelancaran ini dijangka mendorong pertumbuhan tahunan sehingga 30% dalam segmen mesin basuh menjelang akhir tahun 2025. Mesin basuh Haier X Series kini boleh dipratempah di Malaysia dengan harga permulaan RM2249.