Haiza Hanafi Buat Kejutan Tampil Berhijab Hari Jumaat, Ramai Minta Dia Beristiqomah 

Entertainment
25 Nov 2022 • 5:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Haiza Hanafi - Gambar dari Instagram

Wow! Banyak sungguh kejutan yang berlaku pada minggu ini. Bermula dengan drama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sehingga akhirnya keputusan Perdana Menteri Ke-10 diumumkan sehinggalah berita Nad Zainal berada dalam keadaan kritikal hingga dimasukkan ke ICU dan kini sudah mula menunjukkan perkembangan positif. 

Terbaharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi pula membuat kejutan apabila tampil berhijab di hari Jumaat yang mulia ini. 

Haiza yang popular dengan lagu Dag Dig Dug telah memuat naik gambarnya yang cukup manis berhijab itu dengan lesung pipit yang terserlah di pipi menerusi Instagram miliknya. 

Namun, dia tidak pula menyatakan sama ada penampilan berhijabnya itu sekadar fesyen yang digayakan atau pun adalah hijrah terbaharunya. 

image is not available
Haiza Hanafi

Apatah lagi bila dia hanya menulis kapsyen:

“Salam Jumaat. Nak on air sekejap lagi, jam 3 petang di Buletin FM. Mahal bayar stylist saya tu. Siapa ? Cuba Swipe!”. 

Rupa-rupanya stylist Haiza itu adalah Fara Fauzana yang membantu mengenakan hijab tudung itu dengan sempurna. 

Apapun, ramai yan memuji penampilan Haiza dan memintanya untuk terus beristiqomah dan terus berhijab. – Getaran, 25 November 2022 

Foti: IG Haiza Hanafi