Hajat Ke Tandas Terbantut, Lelaki Di Miri Terkejut Temui Ular Tedung Hitam Bawah Singki

9 May 2023 • 10:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terkejut nampak kelibat ular bawah singki

Hajat Ke Tandas Terbantut, Lelaki Di Miri Terkejut Temui Ular Tedung Hitam Bawah Singki. Hajat seorang lelaki hendak pergi ke tandas terbantut apabila ternampak kelibat seekor ular di bahagian dapur rumahnya di Desa Indah 3 di Miri, malam semalam.

Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, abang kepada lelaki terbabit terus menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Miri untuk meminta bantuan menangkap ular tersebut.

image is not available
Hajat Ke Tandas Terbantut, Lelaki Di Miri Terkejut Temui Ular Tedung Hitam Bawah Singki. Kredir: Utusan Borneo

Ular tersebut berjaya ditangkap

Sementara itu menurut jurucakap APM Daerah Miri, sebaik menerima panggilan sekitar jam 9.18 malam, sepasukan anggota telah pergi ke lokasi kejadian di Desa Indah 3, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Setiba di lokasi katanya, anggota bertugas terus bertanya kepada pemanggil terbabit tentang keberadaan ular itu.

image is not available
gambar hiasan

“Pemanggil memberitahu kehadiran ular berbisa itu disedari semasa adiknya hendak pergi ke tandas dan ternampak kelibat ular menyelinap masuk ke bahagian dapur.

Ular tedung hitam berukuran satu meter panjang

“Setelah memeriksa di bahagian yang dinyatakan, anggota kami mendapati seekor ular tedung hitam sebesar dua ibu jari orang dewasa dan berukuran satu meter panjang sedang bersembunyi di bahagian bawah singki dapur rumah tersebut,” katanya.

Ular itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Baca lagi artikel terkini: