Haji Atau Undi? Menteri Agama Tegur Pihak Gopoh Kaitkan Ibadah Dengan Politik

LocalPolitics
21 Apr 2025 • 11:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
menteri agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar beri teguran terbuka kepada pihak yang gopoh mengeluarkan pandangan berkaitan hukum ibadah haji ketika musim pilihan raya.

Menurutnya, isu seperti ini perlukan penelitian yang mendalam, kefahaman yang menyeluruh dan disiplin ilmu yang tinggi. Ia bukan sesuatu yang boleh dikomen sesuka hati, terutama bila melibatkan rukun Islam.

Menteri Agama nasihat rujuk Mufti, bukan suka hati tafsir…

image is not available

Beliau menasihatkan orang ramai agar tenang dan serahkan kepada institusi berwibawa seperti mufti untuk beri penjelasan berdasarkan hukum syarak serta konteks semasa.

Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada pihak mufti serta institusi berwibawa untuk memberikan pandangan dan penjelasan.- Katanya.

Abdul Hadi saran tangguh haji demi politik…

image is not available

Kenyataan ini dipercayai sebagai respon terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini mencadangkan agar umat Islam utamakan kemenangan politik berbanding menunaikan umrah dan haji.

Beliau menyifatkan keadaan tersebut mengambil ibrah daripada perjanjian Hudaibiyah, ketika Rasulullah SAW dihalang daripada menunaikan umrah.

Untuk rekod, Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia.

SPR menetapkan hari mengundi pada 26 April manakala undi awal dijalankan pada 22 April.

Pssttt! Ibadah haji dan pilihan raya, dua-dua penting tapi tak boleh disamakan. Bila agama dijadikan modal politik, yang jadi mangsa adalah keharmonian masyarakat.

Oh! Media setuju dengan pandangan Menteri Agama, serahkan kepada ahli ilmu dan mufti untuk keluarkan hukum. Jangan gopoh beri pandangan yang boleh kelirukan umat Islam.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.