Hajiji bertemu Anwar

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 8:30 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di sini, pada Isnin.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu antara lain membincangkan isu dan perkembangan semasa di Sabah.

Pertemuan itu diadakan sejurus selepas selesai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang dipengeruskan oleh Perdana Menteri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Hajiji turut menyampaikan buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2024, yang melaporkan kejayaan inisiatif-inisiatif hala tuju itu sejak 2021 hingga kini kepada Perdana Menteri.

Terdahulu, Hajiji menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-146 di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Dalam mesyuarat itu, Safar turut memberi taklimat berkaitan Ekonomi Biru kepada menteri besar dan ketua menteri.

Pada Rabu dan Khamis, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-269 di Istana Negara.

Sementara itu, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Anwar berkata pertemuan itu menekankan kepentingan hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.

“Ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Gambar menunjukkan Hajiji menyerahkan buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2024 kepada Anwar semasa pertemuan itu.