Hajiji bertemu sukarelawan Global Sumud Flotilla

LocalPolitics
21 Oct 2025 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Isnin meluangkan masa bertemu dengan Sul Aidil Sudi, salah seorang peserta dari Sabah yang menyertai kontinjen Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza awal bulan ini.

Hajiji memuji keberanian Sul selepas beliau menceritakan pengalamannya berdepan detik cemas apabila GSF dipintas oleh pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.

“Saya bersyukur kamu dan rakan-rakan selamat kembali,” kata Hajiji kepada Sul yang berasal dari Tawau ketika pertemuan mereka semasa makan tengah hari di Sri Gaya, Isnin.

Turut hadir bersama Sul ialah Khairul Azlee Mohd Yunus dari Sandakan, yang merupakan sebahagian daripada kru darat GSF Malaysia di Sepanyol.

Seorang lagi peserta dari Sabah, Zizi Kirana, tidak dapat menghadiri pertemuan tersebut kerana mempunyai komitmen awal yang lain.